Senin, 13 Juni 2011

Lembah Suci Tuwa

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga tulisan yang ringkas ini dapat memberikan kesan yang mendalam di jiwa mereka yang benar-benar cintakan Allah,  maka dengan itu mereka akan berusaha untuk mengikuti jalan-jalan yang telah diterangkan Allah di dalam Kitab Suci Al Quran bagi merintis jalan untuk kembali ke kampung Akhirat, untuk menemui kekasihnya di sana. Amin…..
.
QS Thaha 20: 12. Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka tinggalkanlah kedua terompahmu, sebab engkau telah berada di Lembah Suci Tuwa.
.
Lembah Suci Tuwa, Masjidil Aqsa, nafsu Mutmainah dan Qalbu merupakan kalimat simbolik yang bermaksud sama dan ditujukan kepada orang telah mencapai makam Fakir. Makam Fakir adalah makam orang yang berserah diri kepada Allah.
.
Di  Lembah Suci Tuwa itulah diamanahkan Allah satu tahap yang tidak dimiliki oleh makhluk lainnya. Ia hanya diamanahkan kepada manusia yang telah mencapai tahap Khalifah Allah di muka bumi ini, yangtelah mampu mendengar panggilan daripada Allah, iaitu melalui ilham (bagi manusia) dan wahyu (bagi para nabi). Maka dengan itu bertekadlah di dalam hati bahawa sesiapa pun yang ikhlas sudah pasti boleh menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini.
.
Cuba kita teliti panggilan-panggilan Allah tersebut terhadap mereka yang telah Fakir kepada Allah, iaitu mereka yang telah berserah diri sepenuhnya kepada Allah.
.
DI LEMBAH SUCI TUWA.
QS Thaha 20: 12. Tanggalkan dan tinggalkan terompahmu, Aku adalahTuhanmu.
DI MASJIDIL AQSA
QS Al Israk 17: 1. Berangkatlah dengan kenderaan Borak yang telah disediakan untuk menuju Tuhanmu.
.
DI NAFS MUTMAINAH
QS AL FAJR 89: 27 DAN 28. Hai jiwa-jiwa nan tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan tenang dan tenteram.
.
DI QALBU
Hadis: Baitullah (Rumah Allah) berada di Qalbu orang mukmin.
Ingatlah Rasullulah SAW ingin memberitahu bahawa di Baitullah itu ada yang tinggal di situ, yang harus ditemui sebelum Ruh meninggalkan jasad . Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu mendengarkan panggilan Allah, maka hendaklah berusaha untuk memasuki Lembah Suci Tuwa atau Masjidil Aqsa atau sampai ketingkatan Nafsu Mutmainah, makadi tempat inilah panggilan itu akan tiba (kedengaran).
.
Di manakah Lembah Suci Tuwa, di manakah beradanya Nafsu Mutmainah (jiwa-jiwa nan tenang) dan di manakah Qalbu itu?
Semua ini mesti terjawab semasa masih hidup dengan jasad ini, dan manusia mestilah berusaha untuk menemukannya dan setelah ketemumaka selalulah memasukinya.
.
Untuk lebih jelas semua itu berada didalam Qalbu orang nan mukmin. Maka carilah Qalbu itu, jikalau sungguh-sungguh pasti berjumpa kerana Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bertemu denganNYA, masa pertemuan itu pasti akan tiba. (Kaedah untuk kembali bertemu Allah telah dijelaskan dalam tulisan: Ayat Mutasyabihat ).

Senin, 25 April 2011

Hakikat Alif

Buat renungan sesama kita yang memang berminat tentang Hakikat, agar dapat difikirkan dengan perlahan-lahan agar mencapai matlamat yang sebenar. Di sini ana coretkan sedikit tentang Hakikat Alif…..
'
Hakikat perkataan adalah alif, (alif adalah satu huruf dalam tulisan jawi, kalau tulisan rumi.. mestilah ‘a’ ), manakala hakikat alif pula adalah noktah, dan hakikat noktah adalah dakwat.
'
Jikalau dikaji selanjutnya maka hakikat dakwat pula adalah cecair, sedangkan hakikat cecair adalah debu-debu, dan hakikat debu-debu adalah unsur-unsur (atom) dan hakikat unsur adalah Cahaya Allah.
'
Sedangkan Gelap (tidak diketahui) ialah Cahaya Dzat, …. dalam gelap itulah adalah ‘Air Kehidupan’ (Yang Menghidupkan).
'
Sebagai misalan,  ….jika anda melihat kepada dakwat, maka dengan sendirinya huruf hilang,
dan jika anda melihat huruf , maka dakwat hilang…
'
dan jika anda melihat huruf , maka dakwat hilang…
Sejajar dengan itu cuba difikirkan pula:
Jika ana ada Dia tiada, … dan jikaDia ada ana pula tiada…

Ruh

Kebanyakan orang tidak mahu mengetahui tentang ruh. Mereka berpendapat ruh adalah urusan Tuhan, hanya sedikit tentang ruhyang diketahui oleh manusia, tetapi bukan maklumat tentang ruh  yang sedikit,  tetapi hanya sedikit orang yang mengetahui tentang ruh.
'
Setidak-tidaknya kita mestilah tahu serba sedikit tentang ruh, kerana ia sangat penting, ruh adalah kita, dengan ruhlah kita kembali kepada Allah. Secara kasarnya ruh mempunyai beberapa sifat: ia bersifat suci, iabersifat tahu atau bashirah dan ruhlah  yang kembali kepada Allah,… bukan jasad dan bukan nafsu.
'
Suci adalah sifat ruh, manakala tahu atau bashirah adalah pekerjaannya dan kembali kepada Allah adalah tugasnya. Bagaimanakah kita boleh mendapat kesadaran tentang ruhnan suci ini,  caranya tidak lain, kita perlulah bersedia untuk mengikut ruh kembali  ke  Allah. Kembali ke  Allah adalah satu jalan yang memberikan kebaikan kepada ruh dan jiwa manusia itu sendiri.
'
Kembali,  dalam erti pulang ke Allah dengan meninggalkan tubuh atau jasad. Kenapa kita perlu meninggalkan tubuh, jawapanya adalah jelas kerana nafsu berada pada tubuh. Secara amnya ada dua cara untuk meninggalkan tubuh..  (tapi ingat jangan bunuh diri pulak). Yang pertama dengan ibadah puasa, dan ia bersesuaian benar, kerena secara kebetulan kita akan berpuasa Ramadan tidak lama lagi. Dalam ibadah puasa kita meninggalkan jasad dengan tidak memberi jasad makan dan minum, mengekang nafsu atau syahwat, menghindari maksiat lahir dan batin dan sebagainya.
Cara yang kedua untuk meninggalkan jasad ialah dengan menyengaja untuk meninggalkan tubuh seperti dalam solat , kerana  solat itu adalah mekraj orang mukmin. Selain daripada itu jasad boleh juga ditinggalkan, seperti dalam tafakur mengingati Dzat Allah. Seperti maksud hadis Rasullullah, tafakur sesaat hangga sampai kepada Dzat Allah itu adalah lebih baik daripada beberapa amal-amal sunat yang dilakukan.
'
Perlukah kita mencari ruh, sebenarnya ruh tidak perlu dicari, dengan sendirinya ia akanaktif dan bergerak, jikalau jiwa seseorang itu mengingati Allah. Aktifnya ruh akan dapat dirasakan apabila hati dan jasad kita bergetar. Sesuai dengan firman Allah: Bagi orang yang beriman, apabila disebut nama Allah maka hati dan jasadnya akan bergetar. Inilah tanda orang beriman dan ini jugalah tanda ruh itu aktif.
'
Kembalikan ruh kita kepada Allah, maka dengan itu kita akanmerasa ketenagan, … selalulah kembali ke Allah dan sehinggakan ia menjadi satu perjalanan yang semula jadi kepada kita,… boleh dilakukan setiap saat dan di mana-mana saja.

Pulang ke Allah

Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (QS Al Fajr 89:27-30).
'
Sebenarnya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, keikhlasan dan kerelaan.
'
Kita tidak perlu mempunyai ilmuyang banyak,  bahkan tanpa ilmupun kita boleh kembali kepada Allah. Tetapi nampaknya kita tidak percaya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah, Kita tidak menerima bahawa kembali kepada Allah  itu pekara mudah, oleh itu kita mencari pelbagai ilmu,  yang sesungguhnya telah menghijap kita dari perjalanan kita menuju Allah. Ilmu itu adalah hijab,  pada satu ketika ilmu itu harus ditinggalkan untuk sampai kepada Allah.
'
Sekali lagi, malangnya kebanyakan orang tidak percaya kembali ke Allah itu mudah. Mereka dihijab ilmu, untuk sampai kepada Allah mesti mempunyai ilmu yang banyak,  contohnya mesti lulus ilmu Kalam, ilmu  Wahyu dan pelbagaimacam ilmu lagi. Mereka ini lah orang-orang yang telah terhijab oleh ilmu, jikalau mereka tidak sadar mereka tidak akan maju,… untuk sampai kepada Allah.
Di zaman Rasullulah dahulu, tidak adapun pelbagai ilmu yangada seperti sekarang.  Umat di zaman Rasullulah diberikan kefahaman tentang Tawakal, Yakin, Ihsan, dan Reda…… dan kebanyakan mereka telah berjaya kembali kepada Allah semasa mereka masih hidup lagi, ….semasa mereka masih berjasad lagi.
'
Kembali kepada Allah bukan dengan amal, bukan dengan ilmu, bukan dengan apa-apa pun,cukuplah hanya dengan Penyerahan Diri dan Kerelaan untuk kembali kepada Allah. Allah lah yang akan memperjalankan kita, …  kita hanya berserah diri kepadan Nya,  … selanjutnya mengikut apa yang dikehendaki Nya.
Allah tidak perlukan ilmu kita, amal kita, harta kita,…. tetapi ia mahukan Kerelaan kita, …. Penyerahan Diri kita kepadanya secara keseluruhannya.
'
Sememangnya, Allah tidak terjangkau oleh akal fikiran dan imaginasi,… tetapi Allah Maha Meliputi, dan ia lebih Hampir dari urat leher kita sendiri,
Oleh itu, kembalilah kepada Nya dengan Reda,…..dengan Penyerahan Diri secara total…hanya untuk NYA.

Prasangka

Allah berfirman: Sesungguhnya Aku menurut prasangka hambaku.
Sesuai dengan itu dipaparkan kata-kata seorang ahli Makrifat…. dalam bentuk pengajaran..
'
Tolong ambilkan aku buah pohan di sana itu.
Seseorang menjawab: Ini dia buahnya yang mulia.
Belah dualah buah itu.
Sudah terbelah yang mulia.
Apakah yang kamu lihat?
Saya melihat biji yang amat kecil.
Belah dualah salah satu daripadanya.
Sudah terbelah yang mulia.
Apakah yang kamu lihat di dalamnya?
Tidak ada suatu apapun yang mulia.
Ahli Makrifat berkata:
'
Yang Halus, yang tidak kelihatan itu ialah yang hidup. Yang tidak kelihatan itu, yang sebenarnya lebih kelihatan. Dari Yang Halus itulah sebenarnya Yang Ada. Yang daripadanya sekelian ini terjadi. Itulah kenyataan yang sejati, dan pandanglah dengan keheningan Hakikat, engkau akan melihat biji benih itu tumbuh bergerak menjadi besar,sel-sel tersusun, menjadi akar, menjadi batang, menjadi ranting, menjadi daun, menjadi bunga berwarna merah, dan menjadi buah.
'
Lalu mati, terurai menjadi zat-zatyang tergabung dengan alam sekitarnya. Itulah zarah atau atom-atom yang bergerak mengikut Yang Hidup dan Yang Abadi. Yang menggerakkan segala sesuatu, menghidupkan dan mematikan. Engkau akan melihat kenyataan sebenarnya bahawa segala benda hanyalah mengikut gerak, sehingga ia bergerak,…. mengikuti gerak, sehingga ia bergerak mengikut Yang Hidup sehingga ia hidup.
'
Apabila engkau menfanakan keberadaan alam ini, maka engkau akan melihat Yang Batin itu menjadi Yang Ad Dzahir , Yang Hidup itu meliputi segala sesuatu…..
Dia lebih nyata daripada apa yang kelihatan…

Sang Pencinta

Seorang pencinta akan berusaha sedaya upaya untuk mencari apa yang dicintainya. Begitu juga mereka yang mencintai Allah. Segala usaha ditumpukan untuk memahami tentang kekasihnya,….Allah. Mereka pergiberguru, banyak bertanya dan membaca dan sebagainya. Ini semua adalah kerana ransangan ingin tahun, ingin mengenal diri dan mengenal Allah. Mereka berpegang kepada phrasa-phrasaatau ayat-ayat tersentu,….seperti Allah itu lebih dekat dari urat leher,.. ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situada Wajah Allah, …tiap-tiap sesuatu itu akan lebur kecuali Wajah Allah, ….tidak bergerak sesuatu zarah kecuali dengan izin Allah.
'
Dan banyak lagi kata-kata yang seumpama itu,… yang mendorong mereka berusaha mencari Allah, yang amat merekakasihi. Seorang pencinta adalah seorang kekasih nan sejati.  Apabila pencinta mula mencari Allah,  maka janganlah berputus asa, kerana bayak ranjau duri yang akan ditempuhi di dalam perjalanan. Hanya mereka yang cekal,… insyallah akan berjaya. Tetapi walaupun pahit, bagaimana seksa sekali pun,  ia perlu dilaksanakan kerana inilah fitrah sang pencinta,…. untuk mengenal Allah,… di dunia ini, semasa masih hidup bukan setelah mati.
'
Pada suatu ketika nanti dalam perjalanan nan suci itu,  sang pencinta  akan mengetahui bahawa tiada jalan atau kenderaan yang dapat digunakan untuk mencapai kekasih yang dikasihi,….Allah.  Dengan itu pencinta tidak akan lagi bersandar kepada ilmu yang diperolehinya,… atau amal yang telah dilakukannya sekian lama. Apatah lagi untuk bersandar kepada ilmu dan amalan orang lain, …. walaupun martabatnya kelihatan tinggi dari pandangan matanya.
'
Apabila telah sampai ke tahap ini, sang pencinta itu perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, bagaikan kayu mati dibawa arus sungai,… tiada daya dan upaya,.. hanya upaya arus sungai.
Datanglah kepada Allah tanpa ilmu, tanpa amal, tanpa diri, tanpa makrifat,  tanpa segala sesuatunya,
……..kecuali Allah semata-mata.

Ghaib

Tuhan adalah sesuatu yang ghaib, yang tidak dapat dilihat oleh mata kepala dan dirasai oleh panca indera.  Jikalau demikian bagaimana kunci untuk sampai kepadaNya?
'
Sesuatu yang ghaib, maka untuksampai kepadaNya perlukan jalan yang ghaib pula, ….iaitu melakukan hubungan dengan alam ghaib. Untuk melakukan hubungan dengan alam ghaib tidak perlu pergi bertapa ke dalam hutan, gua, gunung atau ke tepi pantai dan sebagainya.
'
Bahkan dalam kesebukan harian dalam keramaian,…  hubungan ini boleh dilakukan… yang diperlukan ialah keheningan Qalbu. Seseorang itu harus mampu mengheningkan Qalbunya dalan kesebukan yang dilaluinya.
'
Keheningan ini adalah perbatasan antara alam nyata .. iaitu alam yang kita duduki sekarang ,.. dan alam ghaib. Dalam keheningan inilah signal-signal dari alam ghaib dapat ditangkap,….yang berupa ilham, ilmu laduni  dan sebagainya…